Hai kawan2...
Harini Syima nak bercerita pasal Meatball ala IKEA...
yang femes & meletop2 tu..
Sebenarnya dah lama Syima teringin nak makan Meatball ni
almaklum la terpengaruh bila tengok member2 dok post status kat FB pastu siap upload gambar lagi...
mana nak tahan nengoknya aiiihhh..
So dengan nekadnya harini Syima buatkan Meatball ni untuk santapan
breakfast kami sekeluarga...hihi
Waahh memang berbaloi la...sebab memang sedaappp sangat..
patut la semo asyik bercakap pasal Meatball IKEA ni je..
ok la Syima xnak berceloteh panjang2...
kat sini Syima share kan resepi Meatball yang Syima guna ye...
RESEPI MEATBALL ALA IKEA
*Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus. (Syima guna meatball jenama Saudi sebab Marina punya x ada)
*Kentang goreng secukupnya.
*1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit
*Brokoli & tomato secukupnya (bagi sapa yang suka sayur)
Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu gula(Syima x guna gula)
1 kiub pati daging
Caranya :
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
5. Kacau sebati. tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry(Syima x guna jem sebab x de jem kat umah). Syima tambahkan juga dengan hirisan tomato & brokoli celur.
Selamat Mencuba!!!