FB Follow

Thursday 20 February 2014

IKAN BAWAL 3 RASA~MENU HARI INI

Hari ni Syima masak simple2 je...
almaklum la hubby keje so kena la lunch bertemankan si kecik Wafiy..
xpela yang penting ada teman kan..hehe

Resepi hari ni ialah kangkung goreng belacan, ikan bawal 3 rasa 
dan telur masin..hik3x

SEDAPPP!!!

tapi sorila ye x sempat nak snap gambar..si Wafiy sibuk nak tolong mama a.k.a mengacau huhu

kita layan gambar dari google jela ek..haha

    


RESEPI IKAN BAWAL 3 RASA :


Bahan-Bahannya:

500 gm ikan bawal hitam - dicuci dgn garam dan asam


4 sudu besar tepung gandum


2 sudu besar tepung jagung


½ sudu kecil serbuk lada sulah


300 ml minyak sawit



Bahan Bahan Sos :

2 sudu besar halia - dicincang


1 sudu besar bawang putih - dicincang


3 sudu besar sos tomato


2 sudu besar sos tiram


3 sudu besar sos cili


½ sudu kecil minyak bijan


200 ml air


1 sudu besar bancuhan tepung jagung


3 sudu besar minyak



Bahan - Bahan Hiasan :

3 tangkai daun ketumbar


2 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang kasar


Cara Memasak:

1.Panaskan minyak masak.


2.Campurkan kedua-dua jenis tepung, sadurkan serbuk lada sulah bersama ikan.


3.Sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak dan toskan minyaknya.


4.Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halis dan bawang putih, layukan


sahaja.


5.Masukkan air, kecilkan api, renehkan buat seketika. Campurkan tiga


jenis sos dan masukkan ke dalam kuali kemudian kacau rata.


6.Masukkan minyak bijan dan bancuhan tepung jagung dan kacau cepat.


7.Hidangkan ikan dengan sos dan taburkan hirisan daun ketumbar


dan cili merah.




RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahan- bahan :

Kangkung (utk satu pinggan hidangan la..pandai2 la agak..ehhe) - dipotong

10 ekor udang kecil (kalau xnak letak pun xpe)

minyak secukupnya

garam secukup rasa 

air secukupnya

Ditumbuk :
2 ulas bawang putih 

*sedikit belacan (guna sambal belacan pun xpe) 

*satu tangkai cili merah 


Cara membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan kangkung dan air, biarkan setengah masak.masukkan udang dan gaul rata. 

3. Perasakan dengan sedikit garam dan jangan biarkan sehingga sayur tersebut terlalu layu 

(terlalu lembik).

Siap! 


hidangkan dalam pinggan. :D

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment