FB Follow

Friday, 21 February 2014

SEGMEN : RAMAIKAN FOLLOWER, RAIKAN UKHUWWAH

ASSALAMUALAIKUM...

Jom kita sama-sama join segmen ni ye..

boleh la tambah kenalan di samping mengeratkan ikatan persaudaraan, 

boleh juga bertukar pandangan...


Selamat bersegmen :-)

Segmen Diteruskan Sehingga Akhir Februari


Akan tamat pada : 28 Februari 2014

Sape2 yang berminat nak join bleh klik SINI ok?

PENANGAN HARUM MALAM~TERBAIKK!!!

Wahh sekarang ni macam jadi trend plak..
semo dok heboh bercerita pasal harum malam ni...
dengar nama pn macam seram je haha

Isk..isk xseram pn..saja je bg suspen sikit..
disebabkan terlalu banyak promosi pasal benda ni kat FB...
membuatkan Syima pn terpengaruh
so Syima pn belilah sebotol untuk mencuba..
berkesan ke idokk...haha
Rupanya..
Perghhh..memang dasyat la..Harum malam ni buat badan rasa segar dan bertenaga je...:-)


Hah mari nak citer sikit pasal Harum Malam ni..
HARUM MALAM ni membantu menyihatkan dan mencegah bau badan.
Ianya dapat mencegah masalah dalaman wanita, memberi tenaga dan menambahkan stamina 
untuk aktiviti seharian.

KELEBIHAN HARUM MALAM :-

- membantu menyegar & menyihatkan badan.
- mencantikkan & menaikkan seri wajah.
- membantu menghilangkan bau badan & mulut
- melegakan panas badan.
- menegangkan payudara.
- memulihkan rasa rapat.
- mengencang otot kewanitaan.
- menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
- menambah keharmonian suami isteri.
- menyihatkan rahim.
- mencantikkan payudara agar sihat & montok.


Golongan yang sesuai ambil HARUM MALAM
✔ WANITA BERKAHWIN
✔ ANAK DARA
✔ WANITA BERPANTANG
✔ SESUAI UNTUK YANG MENYUSUKAN ANAK
✔ SESUAI UNTUK USIA 50 KE ATAS




Syima sejak kebelangan ni asyik letih je rasa badan..
asal duduk je mesti nak terlelap..hihi
So untuk menghilangkan rasa penat tu
Syima cubala ambil Harum Malam...
Alhamdulillah memang puas ati..
kepada kawan-kawan, Syima memang suggest kat u all try benda ni..
badan pn jadi segar dan wangi je tau...
bau 'bawang' dah hilang hikhik...
rasanya pn sedap..:-)


p/s: Syima x jual benda ni tau..hanya berkongsi pengalaman hihi

Thursday, 20 February 2014

IKAN BAWAL 3 RASA~MENU HARI INI

Hari ni Syima masak simple2 je...
almaklum la hubby keje so kena la lunch bertemankan si kecik Wafiy..
xpela yang penting ada teman kan..hehe

Resepi hari ni ialah kangkung goreng belacan, ikan bawal 3 rasa 
dan telur masin..hik3x

SEDAPPP!!!

tapi sorila ye x sempat nak snap gambar..si Wafiy sibuk nak tolong mama a.k.a mengacau huhu

kita layan gambar dari google jela ek..haha

    


RESEPI IKAN BAWAL 3 RASA :


Bahan-Bahannya:

500 gm ikan bawal hitam - dicuci dgn garam dan asam


4 sudu besar tepung gandum


2 sudu besar tepung jagung


½ sudu kecil serbuk lada sulah


300 ml minyak sawit



Bahan Bahan Sos :

2 sudu besar halia - dicincang


1 sudu besar bawang putih - dicincang


3 sudu besar sos tomato


2 sudu besar sos tiram


3 sudu besar sos cili


½ sudu kecil minyak bijan


200 ml air


1 sudu besar bancuhan tepung jagung


3 sudu besar minyak



Bahan - Bahan Hiasan :

3 tangkai daun ketumbar


2 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang kasar


Cara Memasak:

1.Panaskan minyak masak.


2.Campurkan kedua-dua jenis tepung, sadurkan serbuk lada sulah bersama ikan.


3.Sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak dan toskan minyaknya.


4.Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halis dan bawang putih, layukan


sahaja.


5.Masukkan air, kecilkan api, renehkan buat seketika. Campurkan tiga


jenis sos dan masukkan ke dalam kuali kemudian kacau rata.


6.Masukkan minyak bijan dan bancuhan tepung jagung dan kacau cepat.


7.Hidangkan ikan dengan sos dan taburkan hirisan daun ketumbar


dan cili merah.




RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahan- bahan :

Kangkung (utk satu pinggan hidangan la..pandai2 la agak..ehhe) - dipotong

10 ekor udang kecil (kalau xnak letak pun xpe)

minyak secukupnya

garam secukup rasa 

air secukupnya

Ditumbuk :
2 ulas bawang putih 

*sedikit belacan (guna sambal belacan pun xpe) 

*satu tangkai cili merah 


Cara membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan kangkung dan air, biarkan setengah masak.masukkan udang dan gaul rata. 

3. Perasakan dengan sedikit garam dan jangan biarkan sehingga sayur tersebut terlalu layu 

(terlalu lembik).

Siap! 


hidangkan dalam pinggan. :D

SELAMAT MENCUBA!!!